Sunday, October 20, 2013

PANDUAN KURUSKAN BADAN



Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemok/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan. Jika mereka turun sedikit berat akan naik baik ketahap asal atau melebihinya. Saya beri ubat adipex yang berkesan mengawal selera yang dimakan waktu sarapan pagi , perlu diingat ubat2 saperti adipex hanya bolih diamalkan selama 3 bulan sahaja dan jangan terlalu bergantung kepadanya. Disamping itu saya nasihatkan tentang kawalan makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbihaidret saperti nasi , roti, mee, kueh2, donut, biskut dan makanan junk. Saya huga tekankan tentang exercuse, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.

Cuba amalkan panduan2 ini.

1. Habiskan makan selama 20 minit. Konyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidor bolih menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .

4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia bolih mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, bolih kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kennyang.

11.  Amalkan konyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketageh jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.


(Add FB saya   Tuty Noh)
PM saya Tuty Noh untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
Sms/Whatsapp 012-8845302 / purnama_mecd@yahoo.com
Berminat untuk mejadi Ahli SHAKLEE ? Sila ke http://vitsarahsihat.blogspot.com/p/daftar-ahli-shaklee.html
('Like' dan PM di page saya :  Kedai Suplemen Online)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...