Sunday, February 9, 2014

CARA MUDAH TIDURKAN BAYI TANPA BUAIAN


Pasti semua ibu risau dan tidak tahu bagaimana caranya untuk menidurkan bayi tanpa menggunakan buaian.Bukan mudah untuk melakukan sedemikian kerana ianya memerlukan kesabaran dan kelembutan untuk memastikan bayi anda cepat tidur.


Saya ingin berkongsi beberapa cara untuk menidurkan bayi dengan mudah tanpa menggunakan buaian.Bagi ibu bapa yang anak mereka sukar untuk tidur,bolehlah mencuba cara-cara seperti berikut :
  • menukar lampin baru dan bersih
  • lap badan bayi anda dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru dan bersih
  • gunakan lotion atau minyak angin dan urut dengan lembut di bahagian belakang dan bahagian perut si manja anda
  • jika masih tidak mahu tidur,cuba urutan lembut di bahagian betis serta tapak kaki
  • urutan di bahagian badan,perut,betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa pada bayi anda
  • tidurkan anak anda dalam keadaan mengiring ke kanan kerana itu adalah tidur yang paling baik untuk bayi
  • tepuklah perlahan-lahan ,nyanyikan lagu kegemaran anak anda atau berselawat hingga bayi anda tertidur...
Urutan tapak kaki boleh dilakukan seperti gambarajah di bawah :



Dodoikan sendiri anak-anak merupakan cara yang lebih baik berbanding dengan menggunakan buaian kerana dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak...
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu-ibu semua....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...