Monday, November 26, 2012

PROTEIN : Penting Untuk Kesihatan
Assalamualaikum , bertemu kembali....

Pagi ni lepas hantar anak sekolah sempat saya pergi jogging (berjalan je ) kat stadium, dalam 5 pusingan stadium mengambil masa setengah jam. Ok lah tu kan, buat permulaan selepas berhenti sejak bulan puasa lepas. Lepas tu saya minum secawan protein suam bersama performamce. Sedaplah! Sarapan yang sihat ganti roti canai dan teh tarik. Baru betul kan. Ada tu lepas jogging , pekene roti canai, nasi lemak, teh tarik...Tak berapa betul tu...Betul tak. Kena tanya cikgu Kevin Zahri...

Seperti yang saya tulis sebelum ni nak cerita tentang protein secara lebih detail. Kepentingannya bukan untuk ibu-ibu mengandung sahaja ya, tapi untuk semua orang.

Protein bukan saja sumber tenaga yang penting, tetapi juga nutrien yang amat perlu. Protein memainkan peranan yang penting dalam struktur dan ciri-ciri fungsian setiap sel dalam semua tisu hidup, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.Terdapat beratus-ratus komponen badan yang memerlukan protein : otot, tulang, kuku, rambut, kulit, enzim, antibodi dan banyak lagi. Protein cukup penting dalam hemoglobin yang mengangkut oksigen dalam darah, dan protein terdapat dalam sum-sum tulang merah. Protein juga membina sistem pertahanan badan/imun yang kuat. Protein merupakan kunci untuk membantu sistem pertahanan bagi melawan jangkitan kuman atau organisma.

Badan kita memerlukan protein untuk membina dan membaiki sel dan tisu terutama pada kanak-kanak yang sedang membesar, semasa mengandung, ibu menyusu, dalam keadaan stess, infeksi/keradangan, demam, trauma, dalam latihan olahraga, selepas kecedaraan atau pembedahan serta membentuk sel-sel baru akibat luka atau kemalangan.  Badan kita tidak dapat menyimpan protein berlebihan , maka pengambilan harian secara teratur amatlah perlu. Jika protein tidak mencukupi, badan akan menggunakan protein dalam tisu otot yang sedia ada untuk menampung kekurangan tersebut.

Maka di sini sahabat-sahabat sekelian, setelah kita menyedari keperluan dan fungsi protein, kita MESTI pastikan badan dibekalkan dengan protein yang mencukupi. Mengambil penambahan protein merupakan satu langkah yang bijak dalam melengkapkan keperluan badan kita.

Jangan tunggu lagi!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


(Add FB saya   Tuty Noh)
PM saya Tuty Noh untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
Sms/Whatsapp 012-8845302 / purnama_mecd@yahoo.com
Berminat untuk mejadi Ahli SHAKLEE ? Sila ke http://vitsarahsihat.blogspot.com/p/daftar-ahli-shaklee.html
('Like' dan PM di page saya :  Kedai Suplemen Online)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...