Thursday, November 15, 2012

Vitamin untuk Ibu Hamil

 

Vitamin Utk Ibu Hamil


  1. Vitalea/multivitamin 
  2. B Complex - juga mengandungi asid folik
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix/kalsium
  5. Omega 
  6. Soy Protien


 Ibu Hamil - Hindari makanan ini

♥ Hindari Makanan INI ♥

Semasa kehamilan, anda perlu elakkan daripada mengambil: 


Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.

Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.

Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.

Keju dengan kulit ari yang putih dan "bercendawan" seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.

Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.

Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.

012-8845302 / purnama_mecd@yahoo.com
('Like' dan PM di page saya :  Kedai Suplemen Online)
(Add FB saya   Tuty Noh)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...